Selasa, 20 Januari 2015

Hadist 09


««•»»

On the authority of Abu Hurayrah (radhiallahu ‘anhuma):
I heard the Messenger of Allah (ﷺ) say, “What I have forbidden for you, avoid. What I have ordered you [to do], do as much of it as you can. For verily, it was only the excessive questioning and their disagreeing with their Prophets that destroyed [the nations] who were before you.”
[Bukhari & Muslim]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَقُولُ: "مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلَافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ ".
[رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ]
، [وَمُسْلِمٌ]


Dari Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Aku telah mendengar

Rasulullah Shalallaahu 'Alayhi Wasallam bersabda:
"Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka."
(HR. Bukhari dan Muslim.)

Kandungan Hadist.
  1. Sebab Hadis - Khutbah Nabi (difardhu Haji ) - penyoal Aqro’ bin Haabis.
  2. Jauhi Larangan : i) sebab haram - dapat pahala/ buat dapat dosa. ii) sebab makruh - dapat pahala / buat tak berdosa.
  3. Buat apa yang disuruh : i) wajib - dapat pahala/ tinggal dapat dosa. ii) sunat - dapat pahala/ tinggal tak berdosa.
  4. Larangan banyak bertanya : perkara yang tidak dijelaskan oleh syara’. pada perkara yang tidak mendatangkan faedah/ tidak dihajati. pertanyaan berbentuk mempersendakan/ menghina. masaalah yang tidak berlaku.
 Pengajaran Hadist.
  • Seorang mukmin mestilah menjauhkan sama sekali semua larangan Rasulullah Shalallaahu 'Alayhi Wasallam kerana apa yang dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala yang wajib dipatuhi.
  • Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala suruhan Baginda Rasulullah Shalallaahu 'Alayhi Wasallam sekadar yang termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan kerana ia akan menyebabkannya tewas terkulai tidak berdaya melakukannya sebegitu teruk.
  • Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Perintah wajib atau fardhu mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau sakit.
  • Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa kesusahan dan keibnasaan. Umat Muhammad Rasulullah Shalallaahu 'Alayhi Wasallam diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini.
 Klik Di Sini
•[Muqaddimah]•
[Hadist 8]•[Hadist 10]•
kx2bab-eaxeexka

Tidak ada komentar:

Posting Komentar